Wednesday, 4 November 2015

「LIRIK」Hello Hello Hello Lirik Melayu




Artis : Good Morning America
Lirik oleh : Shingo Kanehiro
Komposisi : Shingo Kanehiro

Dragon Ball Super Ending 1

Hello Hello Hello

Ternampak adik-adik,
Memikul beg bewarna-warni,
Belari entah ke mana.

Kalaulah aku masih muda,
Warna apakah yang aku pilih?
Ke manakah aku akan pergi?

Hello, hello, hello
Bagaimanakah keadaan aku sekarang?
Hello, hello, hello
Adakah bayangan aku layak mempunyai maruah?

Setiap kali berjalan,
Gagal itu pasti,
Akan tetapi, aku tetap menunggu
Aku dendangkan lagu ini untukku aku yang dahulu,

Bangunan dibina meninggi,
Memenuhi langit,
Hingga ke kayangan.

Bergaul dengan orang ramai,
Selalu bergerak maju,
Hari ini nampaknya sudah berakhir.

Langit yang luas pada hari itu,
Menjadi semakin sempit,
Di dalam pemandangan kota ini.

Tetapi dengan perubahan pemandangan ini,
Adakah aku sahaja,
Yang betul-betul berubah?

Hello, hello, hello,
Adakah aku sedang merealisasikan impian aku?

Hello, hello, hello,
Walaupun hari aku habiskan dengan menggigit bibir,
Ia bukannya teruk,
Jikalau esok harinya cerah,
Sedang dalam perjalanan,
Itu memberikan senyuman,
Ke lubuk hatiku,
Ini adalah lagu,
Buat diriku di masa hadapan.

Semasa hidup seharian,
Tentang kejadian biasa,
Adakah aku dapat melupakannya?

Aku ingatkan yang hidup ini,
Sepatutnya menggembirakan!

Hello, hello, hello
Adakah aku menikmati hidup ini?

Hello, hello, hello,
Dalam kehidupan seharian aku hanya fikirkan cinta?
Dengan saat yang indah yang bersinar,
Alangkah indahnya aku dapat hidup,
Indahnya aku dapat hidup, 
Ahh,
Dendangan ini,
Buat diriku sekarang!

Lagu buat diriku!

No comments:

Post a Comment