Wednesday, 4 November 2015

「LIRIK」I Am Believer



Artis : SPYAIR
Lirik oleh : Momiken
Komposisi ; UZ

Haikyuu!! Second Season Opening

I Am Believer

Walaupun nafasku dah sesak, aku akan tetap berlari,
Mengikuti hari-hari ini, dadaku terasa membahang,
Melihat dunia di sekelilingku,
Terasa aku ditinggalkan sendirian.

Orang berkata padaku apakah itu seronok
Aku juga tidak mengetahuinya

Walaupun hari esok tidak seperti dirancangkan,
Aku tak akan diam,
Apa yang aku inginkan adalah "diriku" yang selepas ini!
Jikalau ada orang yang membuat garisan
Dan beritahu bahawa mustahil untuk aku melepasinya
"Terima Kasih saja!!" sebab aku akan melepasinya!

Peduli apa? Bagaimana pun selepas ini.
Peduli apa? Jenis apa orangnya pun.
Peduli apa? Buat masa sekarang, apa-apa pun tak apa!
Jadi aku seorang yang percaya!

Bukannya senang untuk ungkapkan suka, kan?
Realiti menghentam, menunjukkan betapa susahnya impianku.
Walaupun sekarang masa yang paling derita,
Aku rasakan yang aku tak perlukan pertolongan.

Apakah perkara terbaik yang aku patut buat? Aku mencarinya sendiri,
Akan tetapi tiada sesiapa pun tahu.

"Alangkah pada hari itu... aku sama...."
Apabila aku mula terfikir
Aku merasa marah dan seterusnya memulakan langkah pertamaku,
"Aku tak mahu sesiapa melainkan kamu"
Tetapi, jikalau engkau berkata padaku
"Terima kasih sajalah!" kepada hari yang perit itu!

Peduli apa? Jadi baik macam mana pun.
Peduli apa? Terus terang macam mana pun.
Peduli apa? Buat masa sekarang, lebih baik tinggalkan sahaja!
Jadi, aku seorang yang mempercayai!

Apakah yang seronok?
Apakah yang betul?
Sehinggalah aku tahu...
... Aku akan berlari maju sahaja.

Walaupun hari esok tak berjalan lancar,
Aku tak akan diam,
Apa yang aku inginkan adalah diriku selepas ini!
Jikalau seseorang membuat garisan dan berkata mustahil untukku melepasinya
"Terima kasih sajalah!" kerana aku akan melepasinya!

Peduli apa? Bagaimana pun selepas ini.
Peduliapa? Jenis apa orangnya pun.
Peduli apa? Buat masa sekarang, apa-apa pun tak apa!
Jadi aku seorang yang percaya!

Jadi aku seorang yang percaya!

No comments:

Post a Comment