Naruto Shippuden Opening 16
Silhoutte
Artist : KANA-BOON
Bermula bersama, kita melepasi garisan matlamat,
Kita tak faham apa-apa lagi,
Melepasinya bersama, kita tak boleh lagi berpatah balik,
Kita masih lagi tidak mengetahui apa-apa.
Membakar, mendidih, ianya panas
Peluh mengalir bersinar kerana panas.
Kita mungkin lupa banyak perkara.
Semua orang, dia pun, menjadi bayangan.
Kita berpura-pura lupa perkara yang penting bagi kita
Supaya kita tidak bimbang dan terus bergelak ketawa.
Bersama, kita semua ingat semasa remaja dahulu;
Kita semua mahukan semua benda,
Aku tahu... Aah, aku sedar,
Jarum jam, hari ini, tak akan berhenti.
Lawan, lawan, lawanlah.
Memori dan masa yang berlalu,
menjadi semakin, semakin jauh.
Kita mungkin lupa pada banyak perkara.
Semua orang, dia pun, menjadi bayangan hitam.
Kita berpura-pura lupa perkara yang kita bimbang,
Supaya kita tidak risau dan terus bergelak ketawa.
Ringan, ringan, dia berbolak-balik.
Aku mahu jadi seperti daun yang tiada kebimbangan,
Aku hanya ingin meluru tanpa menunggu lagi.
Kita mungkin lupa banyak perkara, tapi,
Ada perkara yang tetap sama, tak berubah,
Dan kamu, yang mengajar aku hal ini,
menjadi bayangan yang hilang.
Dengan melindungi perkara penting, kita akan matang
Dan jangan sekali-kali biarkanya
Teruskan lindunginya
Mungkin suatu hari nanti
Kita semua dapat ketawa bersama semula.
Ringan, ringan ia berbolak-balik
Daun itu pergi.
No comments:
Post a Comment