Showing posts with label J-Pop. Show all posts
Showing posts with label J-Pop. Show all posts

Tuesday, 10 November 2015

「LIRIK」Samurai Heart (Some Like It Hot!!)



Artis : Spyair
Lirik oleh MOMIKEN
Komposisi oleh UZ

Gintama Ending 17

Samurai Heart (Some Like It Hot!!)

Di suatu tempat di langit, kamu tak mendengarnya langsung, kan?
Kamu berpura-pura terlepas pandang petanda diberi pada kamu,
Lihat, "Kita sentiasa memahami antara satu sama lain",
Satu salah faham yang besar,
Kamu tak sedar yang aku berdiri di sebelah kamu.

Bergaul dengan orang ramai, tetapi bersendirian,
Aku menatap langit tanpa tujuan,
Dengan perbualan bola racun yang tak kesampaian,
Kesepian kian bertambah.

Hei! Hei! Jawablah. Ada sesiapa di sana?
Tak kita betapa gigihnya aku mencari, tiada jawapan.
Walaupun menangis, ketawa, membenci, aku akan hidup dengan cinta.
Hei! Hei! Jiwa Samurai (Sesetengahnya sukanya panas)

Aku hidup tanpa perasaan, Hari-harian dan hari ini tiada beza, kan?
Ada suatu bandar yang kamu tak boleh bergaul,
Ah, berdiri di hadapan orang ramai, aku pastikan bunyi tapak kaki yang bergema
Dan akhirnya aku dapat maju lebih sedikit.

Melewati bandar berkaca,
Melihat diriku yang kesepian,
Dan juga diriku yang menjengkelkan,
Dan juga dunia yang tak mengendahkannya.

Hei! Hei! Jawablah. Ada sesiapa di sana?
Walaupun betapa gigihnya aku mencari, tiada jawapan.
Hei! Hei! Andai aku dapat menjadi diriku,
Hanya dengan itu, suara dalamanku yang bersifat tak endah akan pergi

Hei! Hei! Kamu tak boleh hidup sendiri, kan?
Andai kamu buang termasuklah hati kamu, kamu tak akan dapat menyesuaikan diri,
Hei! Hei! Kamu tak perlukan alasan untuk berputus asa,
Walaupun kamu, dapat hidup kekal di bandar ini.

Hei! Hei! Jawablah. Ada sesiapa tak?
Walaupun betapa gigihnya aku mencari, tiada jawapan.
Hei! Hei! Hanya aku dapat jadikan diriku, jadi,
Walaupun menangis, ketawa, membenci, aku dapat hidup dengan cinta,
Hei! Hei! Jiwa Samurai (Sesetengah sukakanya panas)

0

Wednesday, 4 November 2015

「LIRIK」I Am Believer



Artis : SPYAIR
Lirik oleh : Momiken
Komposisi ; UZ

Haikyuu!! Second Season Opening

I Am Believer

Walaupun nafasku dah sesak, aku akan tetap berlari,
Mengikuti hari-hari ini, dadaku terasa membahang,
Melihat dunia di sekelilingku,
Terasa aku ditinggalkan sendirian.

Orang berkata padaku apakah itu seronok
Aku juga tidak mengetahuinya

Walaupun hari esok tidak seperti dirancangkan,
Aku tak akan diam,
Apa yang aku inginkan adalah "diriku" yang selepas ini!
Jikalau ada orang yang membuat garisan
Dan beritahu bahawa mustahil untuk aku melepasinya
"Terima Kasih saja!!" sebab aku akan melepasinya!

Peduli apa? Bagaimana pun selepas ini.
Peduli apa? Jenis apa orangnya pun.
Peduli apa? Buat masa sekarang, apa-apa pun tak apa!
Jadi aku seorang yang percaya!

Bukannya senang untuk ungkapkan suka, kan?
Realiti menghentam, menunjukkan betapa susahnya impianku.
Walaupun sekarang masa yang paling derita,
Aku rasakan yang aku tak perlukan pertolongan.

Apakah perkara terbaik yang aku patut buat? Aku mencarinya sendiri,
Akan tetapi tiada sesiapa pun tahu.

"Alangkah pada hari itu... aku sama...."
Apabila aku mula terfikir
Aku merasa marah dan seterusnya memulakan langkah pertamaku,
"Aku tak mahu sesiapa melainkan kamu"
Tetapi, jikalau engkau berkata padaku
"Terima kasih sajalah!" kepada hari yang perit itu!

Peduli apa? Jadi baik macam mana pun.
Peduli apa? Terus terang macam mana pun.
Peduli apa? Buat masa sekarang, lebih baik tinggalkan sahaja!
Jadi, aku seorang yang mempercayai!

Apakah yang seronok?
Apakah yang betul?
Sehinggalah aku tahu...
... Aku akan berlari maju sahaja.

Walaupun hari esok tak berjalan lancar,
Aku tak akan diam,
Apa yang aku inginkan adalah diriku selepas ini!
Jikalau seseorang membuat garisan dan berkata mustahil untukku melepasinya
"Terima kasih sajalah!" kerana aku akan melepasinya!

Peduli apa? Bagaimana pun selepas ini.
Peduliapa? Jenis apa orangnya pun.
Peduli apa? Buat masa sekarang, apa-apa pun tak apa!
Jadi aku seorang yang percaya!

Jadi aku seorang yang percaya!
0